Saturday, November 7, 2009

Kisah Hazim dan Kudin

Aku: Kau dah dapat result exam?

Hazim: Belum. Tapi kertas agama dah.

Aku: Meh sini bagi abang tengok.

Selang 3 minit, aku pun pegang kertas jawapan dia. Aku baca dan baca...sampai ke bahagian ini: Apa yang Hazim tulis.

Soalan: Berikan 3 perkara yang dilarang ketika menziarahi kubur.

Jawapan: 1- Menggali kubur itu kembali.
2- Bermain sms.
3- Menconteng batu nisan.


Aku: Kau jawab camni?

Hazim: Haah. Tapi ustazah Hazim bagi salah.


Aku diam. Dalam hati ada rasa nak lepuk. Tapi betul jugak jawapan tu. Last-last aku membuat conclusion yang adik aku ni kreatif. Case closed. (mak ayah aku tak jadi nak marah sebab terlampau kelakar jawapan itu)

Kisah Kudin pulak.

Aku: Kau pulak Kudin, camne exam?

Kudin: Okey. Tapi ada soalan adik tak jawab.

Aku: Kenapa? Kan soalan objektif je?

Kudin: Adik tak tahu. Nanti kalau jawab, takut salah. Baik adik tak jawab. Taklah salah nanti.



Kerajaan, sila ambil berat masalah ini.

Cerita Hindustan

Ketika menulis posting ini, aku sedang berada di studio. Nampaknya sumpahan kerja sampai lewat pagi masih belum tamat. Ada lagi assignment BCM.

Sambil mengacau Fahmi yang khusyuk dengan sekicap (sketch up), aku pun melayan citer hindustan secara bising. Baran jugaklah mamat ni. Tapi aku mengambil dasar autokrasi. Malas nak ada sifat toleransi sekarang.

Kalau dikira secara makrifah, ada lagi 7 movie Shah Rukh Khan yang perlu dikhatamkan semasa cuti ni. Ini semua gara-gara menonton filem Om Shanti Om di laptop Kamilan. Tak pasal je aku dah kemaruk filem hindustan. Nak ikutkan dari sekolah rendah lagi aku layan filem hindi. Masa tu aku ingat lagi bila kena denda berdiri luar kelas je, mesti tak lekang bibirku dari menyebut kalimah-kalimah lagu hindustan. Fuh- berbelit lidah jugak nak hafal. Itu belum kira lagi part nak tiru suara Kajol dan Rani Mukherjee.

Masuk sekolah menengah aku slow sikit follow. Entah. Mungkin pengaruh rakan sebaya kot yang tak supportive langsung kat minat aku ni. Balik-balik ajak lepak kat kedai mamak, pergi CC dan pasar malam. Mana ada masa aku nak layan filem hindi cenggini.

Mungkin ada yang kata filem hindustan ni mengarut. Tembak hero konfem tak mati. Cintan-cintun tahap guling-guling tepi gunung. Tapi itulah yang rare yang filem hindi. Diorang je yang boleh buat. Cuba kalau benda-benda camni dibuat kat filem melayu, konfem kena kutuk kat blog.

So disinopsiskan cerita, aku telah mengarahkan adik aku Nabila untuk mencari filem-filem hindi. Terutamanya filem Shah Rukh Khan. Hero lain tak nak. Bagi aku, kalau tak ada SRK, rasa macam tak true langsung. Macam filem melayu tanpa hero Rosyam Nor.

Sekarang kat koleksi aku, ada 7 dvd hindustan yang aku kena khatam masa cuti ni. Memang tak sia-sia aku bagi tugas ni kat Nabila. Filem-filem yang rare macam Ver Zaara, Kabhi Aveeda Na Kehna, Diwale Dulhania Le Jayinge, Main Hoo Na dan Kal Ho Na Ho berjaya dicarinya. Tapi duit aku pun rare jugaklah. Dia pergi beli dvd original. Rasa macam nak suruh dia berdiri luar kelas je sebab 'bijak' sangat....aish- mujur adik. Kalau makwe mesti dah tak reply mesej tanda merajuk.

Jadi dengan cuti yang tak seberapa ni iaitu sehingga 19hb je, ditambah lagi dengan duit yang rare, aku mesti habiskan. Mudah-mudahan usahaku diberkati tuhan.

Saturday, October 31, 2009

Hazim



Kalau Ilham ada Azim, aku pun ada Hazim jugak. Tapi Hazim aku lagi best. Sebab lagi comel dan kiut. hehe

Minggu lepas harijadi adik aku yang ke...ke berapa ek? Tiga belas rasanya. Tapi tak nampak macam 13 pun budak ni. Banyak sangat main pokemon agaknya. Tu yang masih kekal kecik macam Pikachu. Padahal kawan-kawan dia yang lain semua dah macam budak rempit dan budak shuffle. (bagus jugakla kan adik aku tak macam diorang? hehe)

Sebenarnya aku rasa bersalah jugak sebab tak balik rumah minggu lepas. Aku je yang tak ada untuk sambut besday dia. Ish ish sih, baru 1st year architecture dah tak sempat nak balik rumah. Kalau dah jadi arkitek betul nanti camne? Jangan besday bini lupa nak sambut dahlah. :p

Okey, kepada adik aku Hazim yang kadang-kadang baca blog aku (sebab dah save kat desktop rumah), Selamat Hari Jadi ke 13.

Friday, October 30, 2009

Hari Yang Rare

Hari Selasa yang lepas bersamaan dengan 9 Zulkaedah 1430 adalah hari pembebasan bagi budak 1st year architorture. Masing-masing berjaya qada' tidur di bilik sambil dibuai kipas kelajuan 1.

Selepas tidur lebih kurang 12 jam dan dengan tak sengajanya terlanggar waktu solat, aku, Fahmi, Muazan dan Anas telah terjaga pada jam 4 pagi. Kami saling kebuntuan dan blur. Rasa nak pergi studio pun ada. Padahal projek dah habis. Time-time camnilah baru ada rasa semangat nak buat projek. Time sebelum submission bukan main lagi menyumpah dan menyesal ambil architecture.

Disebabkan perut sangat kosong, kami telah pergi berjalan-jalan ke Kg Sg Pusu. Fahmi kata -melalui riwayat dari SJ- kat sana ada kedai nasi lemak yang sedap. Tapi yang kami jumpa hanyalah tanah perkuburan dan budak-budak sekolah yang kami sangkakan pocong berkain biru.

Begitulah kisah di pagi itu. Pusing punya pusing, akhirnya kami bersarapan di KayuHijau (greenwood). Memang heaven. Bukan senang nak makan time subuh cenggini. Selalunya time subuh bukan main kelam kabut nak balik bilik untuk mandi dan datang studio balik. Kali ni siap boleh hisap rokok lagi. (metafora sahaja ye)

Ini kisah rare satu.

*
Seterusnya pada waktu malam, aku pergi ke Istana Budaya untuk teman Vanidah Imran berlakon teater. Katanya takut nak balik sorang-sorang nanti. Sebabkan nak jadi gentleman punya pasal, aku pun pergilah. Kebetulan kat sana aku terjumpa Bella, Mar, Nadia dan Ain. Aku ingat Hans Isac yang ajak mereka. Rupanya diorang datang nak bagi goreng pisang kat Adibah Noor. Dah alang-alang tu, tengok teater teruslah. Dan kebetulan seat yang Vanidah Imran bagi kat aku sebelah seat diorang. Memang kena sangatlah kan.

Cuci the Musical ni kalau boleh dihukumkan, dah boleh masuk dalam kategori sunat muakkad. Kalau bahasa Finas pulak dah boleh kata wajib tayang. Memang best. Bagi mereka-mereka yang belum tengok tu silalah tengok sebelum 8 november ni. Bukan apa, nanti kalau dah tua, adalah jugak modal nak story kat cucu-cucu. Kalaulah cucu korang tanya apa yang korang buat time muda dulu, takkan nak jawab asyik buat kerja di studio je kan. Kenalah variasi sikit.

Ada beberapa trivia:
1) Bella pakai baju sama seperti siangnya. Difahamkan Bella tak mandi pun. Bagun-bangun je terus pergi. Inilah yang dipanggil time management peringkat master.

2) Ain tertidur dalam teater. Ish ish ish. Padahal bukan main lagi kata boleh tahan mata tu.

3) Nad dan Mar berjaya menyeludup makanan. Tapi yang tak bestnya, hanya jajan rocky yang dibawa masuk. Lain kali bawaklah durian ke. Barulah best.

4) Myra dan Anas eksyen tak nak pergi. Takpe. Pasni tak mau ajak. hehehe

Teatar habis jam 12.08 malam. Sampai UIA jam 1 pagi. Seperti dijangka, aku kena tahan dengan pakguard UIA. Potensi nak kena saman tu tinggi. Tapi berkat muka masjid ditambah lagi dengan suara touching, aku berjaya lepas.

Fuh, kisah rare lagi.

Dah macam iklan Digi pulak aku tengok 4 orang mamat ni berbaju kuning.



Tahun depan Cuci the Musical 2 akan dibarisi oleh 4 gadis ini. Entah gambar awek manalah aku ambik ni. Giler cun. hehehe


Peh- terbaik. Apsal la budak-budak sekarang suka kat Diana Danielle dan Liyana Jasmay?

Vanidah Imran dan aku. Sebagai tanda terima kasih kerana menemaninya.

Aku dan Afdlin. Pergh- kenapa aku dah hampir setembam Afdlin?

Hari yang rare. Tapi duit aku pun dah rare sekarang. Inilah akibatnya bila hati terlalu senang dan gembira. Duit keluar pun macam orang kaya yang senang hati sebab banyak duit. Aish........

Tuesday, October 27, 2009

Alamak, kerja dah habis

Alhamdulillah. Sudah Tamat.

Finally it's over. But still, I can't believe there is no studio after this. (macamlah selalu pergi studio.)

Now it's time for redemption. All I have is less than 2 weeks to enjoy and retreat myself. Many things to be done actually. But the only barrier I have right now is tak cukup masa nak buat semua benda. So I need to compromise.

First, on this Wednesday and Thursday I'll attend Conference on Criminalise War. Actually I'm not into benda-benda conference ni. Bosan. But for the sake of nak jumpa Tun Dr Mahathir depan-depan, so I have to. Luckily there is a place for me.

Next, I'm thinking about going for a holiday. Any place will do. After my last paper on 11 eleven, I still have about a week to enjoy. Macam nak pergi Singapore. Passport pun dah ada. Hmm...will see about it.

Apapun, sekarang ni kena laksanakan azam-azam yang tertunggak macam turun riadah, pusing UIA dengan SLR, lunch kat cafe econs (hehe), dan layan movie-movie kat laptop.

Oh ye, I was so happy after securing a place in Royal Debate Team. But I know senarai nama untuk team sebenar belum finalise lagi. But after all, it's a one step closer for a championship right? (Didn't I tell you becoming a Royal Debate Champion is my numero uno priority?)

Ok 'this is it'. Ops...haha


ps: I'll update this blog regularly since I can't update BasuhBaju. Huhu

Saturday, October 24, 2009

Kerja makin sikit pulak

Hampir tamat.

Semalam dah hantar presentation board untuk final project. Tapi aku sangat tak puas hati dengan board tu. Ini semua gara-gara jadikan 'top' student sebagai rujukan. (padan muka aku sebab tak refer kat lecturer.)

Hari ini selesai hari pertama untuk selection debat diraja. Ramai juga yang datang. Paling penting semuanya all out untuk dapatkan tempat dalam team. Aku? Biasa-biasa je. Mediocre.

Lusa segalanya akan tamat. Hari isnin adalah hari presentation. Sekarang ni tengah sibuk siapkan model. Sambil-sambil tu otak tengah terkumat kamit fikir camne nak touch up board.

Habis je semua benda-benda studio ni memang aku baca ayat kursi banyak-banyak untuk jauhkan dari dari gangguan kerja tak tidur malam.

Aku nak pergi tengok citer papadom, gi orkestra, gi teater, gi MPH, gi tangkap gambar, gi bercuti dan paling penting gi masjid. ehem ehem.

Ok, chow dulu. Dah azan daaaaaa..........

Sunday, October 18, 2009

Banyak Kerja

Konspirasi?

Kenapa semua benda kena submit dalam minggu ni? Presentation board untuk final project- minggu ni. Kerja-kerja AG- minggu ni. Model untuk BCM- minggu ni.

Yang gua hairannya, tiga-tiga subjek ni diajar oleh orang yang sama. Ni yang buat gua dilema. Nanti kalau tak hantar kerja sebab tak sempat, marah. Baran tak tentu pasal. Kalau hantar tapi tak ada kualiti, bising pulak kata worst batch ever.

Kat sekolah dulu tak belajar ke dalam setahun ada 365 hari bersamaan 54 minggu. Banyak-banyak minggu, kenapa minggu ni jugak yang dipilih? Cubalah ada sifat kasih sayang sesama insan sikit.

Seminggu submit satu benda. Barulah produktif budak-budak ni. Solat pun tak tinggal. Pergi kelas boleh mandi.

Celake, benda-benda basic camni pun gua nak kena ajar ke.

Gua makan nasi dulu. Tengah emo ni tak boleh tulis panjang-panjang.

Sunday, October 4, 2009

Trivia di Hari Raya semalam..........





Akhirnya selepas lama merancang dan puas memujuk, jadi jugak G.A.P datang beraya kat rumah aku. Malas nak tulis panjang-panjang, aku tulis trivia je.

1- Tahukah anda, buat pertama kalinya aku berjaya masak nasi lemak sambal udang. Memang aku nak eksyen sket sebab aku rasa puas dapat masak. haha Sedap atau tidak- tu belakang kira. Nak tau, tanya diorang. Aku makan macam tawar je. (sekian, gambar makanan lupa nak amek.)

2- Tahukah anda, aku jangkakan yang nak datang dalam 6-7 orang. Sekali yang serang dekat 16 orang. Mujur jugaklah budak-budak perempuan ni tolong kat dapur. Family aku semua tak ada. Kalau tak, memang kerja aku dok ulang alik dari ruang tamu ke dapur.

3- Tahukah anda, hidangan paling laris semalam ialah air strawberi dan oren yang memang sold out dengan pantasnya. Maklumlah air gas dari 7-eleben. Hidangan yang tidak laku ialah timun.

4- Tahukah anda, asyraf (john) dan Faiz (babwe?) merupakan adik beradik. Dan semalam mereka telah dipertemukan sempena hari lebaran ini.

5- Tahukah anda, Bella telah pandai mekap sekarang. Kajian yang dibuat oleh Nesh mendapati, terdapat bedak compaq (camne eja?) di dalam beg tangannya.

6- Tahukah anda, Arif dan John telah mula berkenalan antara satu sama lain. Hal ini menyebabkan Myra berasa terancam.

7- Tahukah anda, Hajar mempunyai renungan yang tajam. Lagi-lagi terhadap kek.

8- Tahukah anda, Ain hampir disuspek menghisap rokok kerana memiliki lighter. Rupa-rupanya dia beli untuk nyalakan lilin kek. Lighter tersebut kemudiannya dihadiahkan kepada Fairuz.

9- Tahukah anda, Mar suka buat lawak tak jadi. Tapi itulah kelebihan dirinya. Lawaknya ialah tak lawak.

10- Tahukah anda, Maahad sempat tidur selama 18 minit sementara menanti solat maghrib berjemaah.

11- Tahukah anda, baju raya Nadia ada pelangi. Ibarat hujan rintik-rintik disinari sinaran matahari. Begitulah perumpaan terhadap baju rayanya.

12- Tahukah anda, aku menyambut belated birthday yang ke 20. BUKAN 30. okey? Entah idea siapa ntah yang tulis kat kek tu 'Happy Belated Bapak yg ke 30'. Ditambah dengan simbolik 3 batang lilin. Cis!

13- Tahukah anda, pepatash ada menyebut 'pandai makan, pandai simpan.' Begitulah gambaran rumah aku selepas diserang oleh mereka. Terima Kasih sebab tolong kemas rumah dan dapur :)

Selamat Hari Raya!

Friday, October 2, 2009

How not to become restless architecture students.

And so, today was CRIT session 1. As expected many of them are not sleep and restless. Myself included. Sometimes I do wonder why do we need to stay up every time there is a presentation? Not enough time or not timing enough? Too much work or too much fun?

Most of architecture lecturer said 'it's a culture'. But culture can be changed.

The glaring reason we're always hear is 'tak ada idea'. And then they would just smile and said 'lek lu, masa banyak lagi. ' To be frank, sometimes I belong to this group. But most of the times, I'm not.

Back to the story on today's CRIT; we're always waiting for the perfect idea to come in front on our desk. Bear in mind, it almost never happens.

Actually, whatever is on your desk right now, that's the one. Make it the best you possibly can.

I didn't sleep last night just because I keep thinking and thinking, searching and searching the best idea to design. The result- restless.

At last, surprisingly I choose the design that I used during my year at CFS. It may not be great, but at least I have the satisfaction of knowing I did the best I possibly could, and I have learn something from it.

The regret- I should have done earlier.

I'm happy to say that today's crit is a success by any mediocre standard. (well, why strive for excellence when mediocrity is required? But that's another story.)

Lesson learnt; don't look for the next opportunity. The one you have in hand is the opportunity.


ps: I need to write more in English. It seems my proficiency has deteriorate.

Wednesday, September 30, 2009

How to be a creative architect?


Very so often I was asked why do I take architecture. Normally the best thing I could say is, I didn't know why. But to please this unpleasant question, I've to answer them. My answer is simple but honest. Money.

And as expected, I was lambasted with that statement. Seems like I'm the Father of Capitalist. Actually they were right. Capitalism is about profit. And profit will make you creative. To be a good architect you have to be creative.

So for those ambitious architecture student, try not thinking about film, song, media, artwork, poem, picture or whatever. That would not make you creative.

Think about money. Thi$$$$$$$ will make you creative.....architect. After all, it's honest.


ps: Paul Arden is really inspiring me. Special thanks to Abg Lan.

Sunday, September 27, 2009

The story so far........

Balik Kampung Rendezvous

According to an unplanned plan, we were late for a rendezvous. At first, my wildly unconstrained imagination thought we could start a journey at 12 am- what a mystic timing. But as a muslim would say 'kita hanya merancang, tuhan yang menentukan' so the mystical journey has turned to tedious one instead.

We waited almost 30 minutes just for an exit from Tol Rawang. It seems no luck at all. Smart Tag was no longer smart. I found myself stuck on the road bump to bump. I must admit at that time I was hoping to chit chat with a toll gate girl.

Off the topic, I left pondering why would PLUS or any other toll operator hiring only someone cute and beautiful for the job? Is it a compa
ny marketing strategy? Or is it an attempt to seduce every man driver like me? Or is this another form of discrimination? Sister In Islam- the so-called feminist movement, please take note.

On the topic back, the timing was bad. I learned a lesson- never try to balik kampung in the morning. Cars are everywhere and everyone was heading home (read: kampung).

So this year balik kampung mood is no longer there. No free coffee from selected Petronas Station. No bersahur at R&R. No sunrise scenery on the highway. And no 'pesta' at all.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


I know it's too late to wish for. Considering a fact that today is 8th of Syawal. But better late than never.haha

peh- macam nak akad nikah. haha

To all my friends- 0-0 ok? Lets start with a new book. I'm sorry If I've done something wrong that may hurt your heart. And I really meant it.

For those who are still holding grudge towards me, that's okey. "I should eschew them since they're obnoxious person, I soliloquize."

SEMINGGU SELEPAS RAYA

Oh ye, cuti kali ini aku sekeluarga pergi ke
Langkawi. Gambar-gambar akan diupload di FB. Kalau rajin, aku akan tulis kat sini. Tapi tak rasa macam rajin. hehe

RAYA DI RUMAH HAFIZAH

Balik je dari percutian, dapatlah pulak sms dari kawan baik sorang ni. Tup tup ajak datang ruamh beraya dengan kengkawan yang lain. Hasrul, Umairah, Fazliyana- semuanya kawan rapat masa zaman sekolah dulu. Kami sekelas sejak dari tingkatan 1 lagi.

Ini antara gambar yang sempat diambil. (aku rasa walaupun dah bertahun-tahun berkawan, gambar aku dengan mereka sangat-sangat sedikit!) hehe

Fazliyana, Hafizah (yang buat kejutan tak pakai spek.keh3) dan Umairah

Hasrul bersama anaknya..hehe taklah. dengan sepupu Hafizah? (tak pasti. tapi yang pasti budak ni tak nak kat aku. hehe)


RUMAH TERBUKA?

Entahlah. Aku rasa macam nak buat. Nak ajak kawan-kawan datang beraya di rumah. Lagipun nad, bella, etc dah lama nak datang rumah aku. huhu Tapi kalau nak buat pun, kenalah lepas crit jumaat ni. We'll see about it okey.

CUTI DAH HABIS


Memang kalau nak diikutkan siapa tak nak cuti kan. Tapi nak wat camne, ada lagi kewajipan untuk belajar.

Untuk 2nd half semester satu ni aku dah berjanji pada diri:

- mesti dapat 3.3.
- mesti menang royal debate
.

Cukuplah 2 janji. Janji banyak-banyak pun bukan aku nak ikut. hehe Bye!

Wednesday, September 16, 2009

Menjelang raya

Fuh, lari sekejap dari blog Basuh Baju. Sakit otak aku nak berfikir. Tapi aku suka. Dan aku semakin nampak hala tuju blog itu. Tak macam blog ni- untuk merepek dan mengarut je. hehe

Kurang dari 4 hari nak beraya. Berbanding dengan tahun lepas, aku rasa tahun ni lagi feeling. Mungkin berkat selalu pergi terawih kot? Atau mungkin sebab UIA bagi cuti awal seminggu? Entah. Yang penting aku ada feeling tu.

Tahun ni raya di Kedah. Jadi tak kemas rumah sangat. Ibu pun tak tukar langsir. Adik-adik dah beli baju raya. Lama dah diorang prepare. Sebelum raya lagi. Aku je yang masih tak beli apa-apa. Ala, dah besar ni bukannya nak kena ada '3 baju dan 3 seluar raya' macam kecik-kecik dulu. Yang penting ada baju melayu je.

Menjelang raya ni ada beberapa ritual yang mesti aku buat. Kalau tak buat mesti tak lengkap raya aku. Orang kata ibarat usha awek tapi tak mintak no tepon. Seronok tapi nyesal.

Perkara paling penting ialah kad raya. Entah kenapa aku tak into sangat nak wish-wish raya guna sms, email apatah lagi kad raya elektronik. Pertama sebab aku tak reti pon nak design-design kad raya. Kedua sebab aku akan delete je. haha So nak tak nak, cara tradisional jugak yang best iaitu hantar kad raya.

Tapi macam biasalah kan, mulut cakap nak hantar kad tapi dia punya malas tu macam nak bangun sahur. Liat betul tangan ni nak tulis, tampal setem dan pos. Sehingga ke hari ini aku masih tak tulis. Mungkin aku bagi by hand je. (ala, dua tiga orang je pon aku nak hantar)

Perkara kedua penting ialah membeli dan membaca majalah APO dan UJANG versi bumper puasa. haha ni memang hobi dari kecik lagi. Aku akan rasa nak dekat raya bila baca lawak raya. Walaupun lawaknya tu taklah kelakar mana dan hampeh.

Perkara ketiga aku akan buat ialah menonton jejak rasul. Aku ingat lagi masa sekolah dulu, balik je terus landing depan TV sementara tunggu waktu berbuka. Ala, bukannya masuk sangat input rancangan tu. Cuma nak dengar suara abang Zainal yang seram nusantara tu je. hehe

Perkara terakhir yang aku membuatkan raya aku feeling ialah perjalanan balik kampung. Peh- aku paling suka drive malam time puasa. Sambil bukak lagu raya dan dengar salam perantauan. Bila dah letih ke, singgah jap kat petronas R&R dan amek kopi percuma. Pastu, dah nak dekat subuh, berhenti sahur. Time ni la meriah giler kat R&R tu. Macam pesta. Setahun sekali je beb nak rasa pesta ni. (Aku tak sabar menantikan perjalanan malam sabtu ni.)

Ini perkara-perkara wajib buat menjelang raya. Ok, aku nak layan cerita Nur Kasih dulu. (Hafizah, kalau tak best, kena bagi duit raya. kui3)

ceh- tak kurus betul diriku.

Chow, Assalamualaikum... (sejak bila aku bagi salam untuk ending?)

Monday, September 14, 2009

Kisah Kucing Lagi

Ada yang bertanya pada aku apa citer kucing hari tu. Ala, kucing yang membuat onar di bulan ramadhan tu haa.

Ceritanya ialah kucing tu telah merajuk dan menghilangkan diri. Kitorang gagal mengesan ke mana dia pergi. Mungkin dah balik beraya agaknya.

Aku ingatkan bila kucing tu dah tak ada amanlah sikit hidup ni. Tak adalah aku nak terkejut-kejut ada benda melompat kat aku. Tapi aku silap. Kucing tu punya penangan kat kitorang betul-betul kaw.

Amar tiap hari dok kemas katil kotak kucing tu. Aku tengok dah macam orang tak betul dah rumate aku ni. Macam orang putus cinta. Aku rasa mungkin Amar sempat couple dengan kucing tu agaknya. Tu yang jadi tak betul sampai camtu.

Aku ingat Amar je begitu. Hanif pun sama. Tiap kali balik beli makanan berbuka, mesti beli sekali makanan untuk kucing. Daging merah kot. Aku nak rasa sikit pon dia tak bagi. Ish3 Mungkin Hanif pernah candle light dinner dengan kucing tu. Adoi ai.

Anas yang katilnya menjadi mangsa onar kucing tu pun boleh tahan gak dia punya nostalgia. Asal melepak sama-sama je macam dah tak ada topik lain nak sembang. Balik-balik dok imbau kembali kenangan-kenangan lama bersama kucing. Argh- aku tak fahamlah.

Nampak sangat aku memang tak into dengan bintang-binatang ni.


ps: sesiapa dah boleh bagi komen sekarang. Aku dah ubah settings. So Hafizah, kalau rasa nak komen, silalah. Tak perlu susah-susah nak bagi sms dah..hehe

Saturday, September 12, 2009

Cerita Dalam Seminggu

SABTU-AHAD: 5-6 SEPTEMBER 2009

Liga Debat KDBM 2009. Ada 10 pasukan. Tambah tolak dekat 30 lebih pendebat UIA yang turun. Liga ni membangkitkan nostalgia aku. Tahun lepas pasukan aku juara. Dari situ aku berkecimpung dalam arena debat. Walaupun masih tahap runcit-runcit, namun ia banyak membantu dalam kehidupan.

Jadi untuk tahun ni, aku sebenarnya sangat berharap dapat mengekalkan kejuaraan. Namun gagal. Tak berjaya pergi ke separuh akhir. Apapun aku sedikit gembira kerana ranking pendebat keseluruhan aku berada di no 2.

Ah ha, pasukan aku. Fawza dan Syafiqah dari matrik PJ. (baru aku sedar kitorang tak tangkap gambar as a team pun)

Mentor aku- Abang Izzat. (ada macam zizan Raja Lawak tak? kui3)

Final

Ketua Jurulatih- Abg Lan sedang memberi komen dan mengumumkan keputusan.

Big Family

Peh- ada gaya team bola. (yang berwarna tu coaches)

SELASA: 8 SEPTEMBER 2009

Hari ini genap aku berumur 20 tahun. Apa ek rasanya? Tak berapa best sebab ada 'puluh' tu. Selama ni belas-belas je.

Dah 20 tahun ni aku rasa dah boleh kot nak cari-cari calon bini. keh3
(ah, korang pun wish camtu kan. Kata dah boleh kahwin. Ces.) Kalau diberi pilihan, aku nak doktor. Takpun economist ke. Giler cool dapat bini kerjaya camni.Takpun dapat ustazah ke, lecturer ke, cikgu ke- banyak sket cutinya.hehe yang penting sebolehnya aku tak nak arkitek. Sibuk woo. Aku tak sanggup. Nanti bakal bini aku cakap dengan T-square, bukan dengan aku. :p

RABU: 9 SEPTEMBER 2009

Orang kata tarikh ni cantik. Ramai pun yang pilih tarikh ni untuk kahwin. Cakap pasal nombor cantik ni, aku teringat la pulak kat Hafizah- sahabat baik aku time sek dulu. Bab-bab nombor ni kitorang selalu gaduh. Dia akan perjuangkan no 5, aku pulak no
9. Patutnya aku mesej dia time tarikh ni tapi aku terlupa pulak.

oh ye, entah kenapa aku tak rasa teruja pun dengan 090909 ni. Dah matang kot untuk tak taksub dengan nombor. (dengar tu Fizah.hehe)

Malamnya aku keluar makan ke Murni,PJ dengan budak-budak debat. Nak kata sambut birthday taklah jugak, tapi aku dibelanja oleh Abang Izzat. Tq.

Wan gem, aku, atok bo', abg Izzat, abg Syazwan, abg Zaki.


KHAMIS-JUMAAT: 10-11 SEPTEMBER 2009

Duduk studio. Buat kerja.

Aku dan fahmi. (apahal buat muka comel?)

SABTU- 12 SEPTEMBER 2009

CUTI!

Friday, September 4, 2009

Kisah Kucing

Budak bilik aku bela kucing. Macam gampang. Buang tabiat ke apa. Mungkin sebab bulan puasa ni diorang nak buat amal lebih kot. So dengan murah hatinya Hanif dan Amar gi kutip kucing terbiar kat Engine bawak balik bilik.

Kucing tu kucing betina. Hanif panggil kucing tu Cheryl. Amar panggil Siti. Anas panggil Rosnah. Dan aku panggil Maya. Nasib baik kucing tak payah ada mykad. Kalau tak camnelah nama dia kat IC nanti.

Aku memang tak berapa into sangat dengan pet ni. Tak pernah pun bela apa-apa binatang dari kecik. Dah dasar keluarga aku begitu. Jadi aku agak tak suka. Tapi aku ok je. Kadang-kadang tu ada jugak bagi kucing ni makan daging merah. Peh- kucing diraja ke apa makan nak sedap je.

Satu lagi perangai pelik kucing ni, kalau kitorang marah kat dia, mesti dia akan ugut nak terjun bangunan. Dia akan pergi kat balkoni dan macam nak bunuh diri. Berapa kali dah anas terjerit-jerit kat Hanif dan Amar suruh angkat. (yang aku herannya kenapa anas tak angkat sendiri je. Kalau aku memanglah. Tak berapa berani pegang kucing ni.)

Dalam takut-takut, kucing ni suka datang ke compartment aku sebab ada karpet. Dah berapa kali aku terkejut dan terpijak dia. Satu lagi kucing ni suka giler tengok aku menaip depan laptop. Nak belajar blogging kot.

Tapi..........aku rasa riwayat hidup kucing ni bersama kitorang bakal berakhir. Petang tadi kucing ni telah melakukan satu jenayah berat. Cheryl/Siti/Rosnah/Maya telah berdua-duaan dengan kucing lain di atas katil anas. Dahlah berdua-duaan, siap kencing lagi. Dasar tak menghormati bulan puasa betul.

Amar dan Hanif dah rasa bersalah sebab diorang yang bawak masuk kucing ni. Anas pulak muka dah macam nak buka puasa berlaukkan kucing tu. Adoi ai.......macam-macam. Mungkin lepas ni kitorang akan bela anak naga atau kambing biri-biri. Atau mungkin tapak sulaiman..

Sunday, August 30, 2009

SAHUR

Sahur adalah masa yang paling best di bulan ramadhan. Kalau boleh aku tak nak terlepas sekali pun waktu bersahur. Setakat ini aku tidak gagal. Tidur nampaknya tidak berjaya menghalang aku daripada untuk bersahur.

Kalau sahur di rumah, aku akan bangun jam 4.30 pagi. Aku akan tolong mak aku bancuh kopi. Kalau ayah aku yang turun, aku akan tolong bancuh teh. Selalunya lauk sahur adalah lauk berbuka semalam. Hanya panaskan balik.

Kemudian aku akan kejutkan adik-adik aku. Semua aku kejut. Adawiyah yang 4 tahun pun aku kejut. Kalau tak bangun, aku dukung. Budak ni kalau tak sahur, esoknya dia akan mengamuk sehari suntuk sebab marah tak ada orang kejut dia. Tapi sah-sahlah dia tak puasa. Baru 4 tahun nak puasa apa.

Tapi dia akan eksyen kat kawan-kawan dia yang dia puasa. 'Adawiyah puasa hari ini adawiyah tapi minum susu je.'

Lepas sahur aku tak tidur balik. Nanti takut bangun lewat. Lagipun bila lagi nak 'hidup' masa time 6-7 pagi? Asyik tidur je sebelum ni. Betul tak?

Thursday, August 27, 2009

Habis geram dah ni sampai tulis panjang-panjang

*
Masa kecik-kecik dulu, kisah si tanggang sangat popular. Inilah antara modal yang digunakan oleh mak bapak untuk memberi pengajaran kepada anak mereka. Macam-macam versi pernah aku dengar. Tapi dalam banyak-banyak versi, cerita tanggang dari mak aku jugak yang melekat sampai ke sudah.

Mak aku cakap Batu Caves tu adalah sumpahan kapal si tanggang yang telah disumpah menjadi batu. Ceyt- tak sangka mak aku berjaya menjadikan cerita tanggang ini lebih bersifat Selayang.

*
Kenapa kau ni suka sangat balik ke rumah ha? - ayat-ayat dengki dari rumate dan beberapa kawan dari pelbagai bangsa dan agama.

*
Aku balik ke rumah lagi. Sahur dan berbuka dengan famili. Boleh kata setiap hari. Inilah untungnya kalau rumah dekat. (mak aku cukup marah kalau aku tak balik rumah dengan alasan sibuk buat kerja. Dia akan cakap 'ha, ni baru belajar. Nanti dah kerja mesti lagi tak ingat keluarga.')

Peh- bila mak aku cakap camni, mesti perasaan aku pilu macam tengok MU kalah dengan Burnley hari tu. Betullah apa yang mak aku cakap. Rumah dah dekat. Dapat lak guna kereta ayah. Apa lagi yang menghalang kan? Kalau ayah aku, lagilah ekstrem kata-katanya. ' Nak ikutkan sibuk tu, sampai ke kuburlah kau tak akan free.'

Peh- kali ni aku akan rasa macam nak kena petir je. So supaya aku tak jadi Batu Caves yang kedua, maka aku pun selalulah pulang ke rumah.

Inilah jawapan aku kepada korang sekalian. Hahahaha

*
Hidup lepas submission memang heaven habis. Dia punya feeling macam naik basikal lepas tangan time turun bukit. -ayat facebook.

*
Perangai buruk aku lepas submission ialah aku akan berbelanja sesuka hati macam lepas ni dah tak ada projek. Aku akan berlagak macam orang yang dah ada gaji bila berbelanja. Entah macam manalah pulak agaknya kalau aku dah ada gaji betul-betul nanti.

Mak aku pernah pesan (sekali lagi) 'kau jangan belanja macam Mahathir. Semua nak mega-mega. Ingat, kita bukan Petronas. Cuba jadi Nik Aziz sikit.' Okey- aku mengaku aku ada ubah sturktur ayat tu. Tapi mesejnya tetap sama. Jangan boros.

Sejurus selepas submission, aku terus online. Lepas membaca laman sesawang kerajaan dan juga akhbar intelek Utusan, aku bukak laman web Air Asia. Riki-riki apa yang best. Sekali ada iklan sebesar skrin muncul. FLY TO ABU DHABI (UAE) AS LOW RM99!

Wow! Aku terus bangun dan kunci pintu bilik. Tak nak bagi orang masuk. Nanti diorang tahu habislah aku. Promosi sepesel ni jarang ada. Tanpa berfikir panjang dan sah-sahlah tak tanya mak ayah, aku pun membeli tiket ke Abu Dhabi pada 25hb April 2010- 30hb April 2010.

Aku diam kejap...... Giler apa pergi beli tiket untuk tahun depan? Entah-entah masa tu aku ada projek ke, debat ke, bertunang ke. Aku serba salah.

Terus aku text kawan-kawan aku tanya bila cuti sem 2. Fuh- daripada respon balas mereka, aku telah memilih tarikh yang tepat. Aku lega.

RM300 untuk tiket pergi balik all inclusive ke UAE? Peh- mega sales pun tak camni. Tambah lagi dengan kehepian aku yang dah habis projek, memang on time la promosi tu tiba.

Kalau mak aku tau ni, mesti aku tak dapat duit raya. Ala, nanti tahun depan aku cakapla aku menang pertandingan debat ke. (giler apa menang debat dapat pergi UAE?)

*
Tiba-tiba Kamilam mesej. Dia nak pulang beraya ala-ala baru balik oversea katanya. H1N1 belakang kira. Aku yang menurut perintah telah membeli tiket Air Asia ke Kota Bharu pada 14hb September 2009. Maka di tarikh itu, Pakcik Karudin akan terkejut melihat anak lelakinya itu pulang dengan membawa sekali pramugari Air Asia untuk berbuka puasa sama-sama.

Oh ye cakap pasal puasa ni, aku boleh pulak pergi add meal untuk flight Kamilan. Nasi Briyani madu. Masalahnya flight dia pukul 11 pagi. Apa kes nak makan nasi ayam pukul 11 pagi? Aku tak berani nak membayangkan apa yang akan berlaku. Pandai-pandailah kau jawab depan pramugari tu ye Kamilan oi. Aku dah beli. Tak boleh kensel. Sori. kui3

*

Saturday, August 22, 2009

Sekadar nak update


Peh, rupanya dah sebulan lebih aku berstudio. Isnin ni dah nak submit projek yang ketiga. Graphic pun dah berbelas drawing hantar. Subjek-subjek lain dah masuk tahap mid term. dan.... Ramadhan pun dah tiba. Cepat betul rupanya masa berlalu.

Nak kata sibuk tu memanglah. Tapi sibuk-sibuk pun, belum sampai ke tahap 'tak-tidur-satu-malam-lalu-tak-mandi-terus-pergi-kelas' lagi. Mungkin belum sampai lagi saat sesak tu. Setakat ni aku masih mampu untuk ke studio debat. Kadang-kadang saje masuk library nak usha buku-buku cantik. haha Dan boleh kata tiap-tiap hari aku balik rumah.

*
Aku dah masuk ke Mahallah Bilal. Best. Ada semuanya. Tak macam Mahallah Talhah yang serba kekurangan. (tapi bilik Talhah selesa sebab luas. Duduk pun sorang-sorang.)

*
Jumaat depan aku akan ke Putrajaya untuk Majlis Penganugerahan Biasiswa Khas Tenaga Pengajar Akademik. Menteri nak bagi cek. (verangan je). Terpaksalah pakai formal itu ini. Rimas kot. Apapun, aku bersyukur sebab dapat biasiswa ni. Bukan mengejar duit sangat tapi lebih kepada peluang untuk belajar ke luar negara untuk tahun ketiga nanti. Cuma syaratnya pointer kena kekal 3.3. Masalahnya boleh ke aku? Ha, yang tu merunsingkan sikit.

*
Mata aku pun dah hampir pulih. Side effect daripada sakit mata hari tu- visibility aku sekadar 80%. Punyalah teruk sampai aku nak baca paper pun payah. Orang tegur kiri kanan pun aku tak berapa cam. Nak drive malam tak boleh sangat. Fuh, masa ni barulah faham nikmat untuk melihat.


Apa benda yang aku tulis ni? Ngarut je...%!)@*&(*&^

Friday, August 14, 2009

Comment and Criticism

I would like to thank to someone for the comments about myself. To be exact, I don't see it as a comment but more to a criticism.

Of course, I don't like to be criticised. Anyone who says he likes criticism must be a hypocrite.

Or would you?

**********************************************************************************
Oh yeah, I like this quote taken from Ilham's blog. Well said. So, this is for you, my dear beloved critics.
You come to know someone not by finding the perfect person, but by seeing an imperfect person perfectly..
.

Thursday, August 6, 2009

Shhhh.......one minute please


"There are millions of people in this world, but in the end it all comes down to one....the one you love...Love is like the wind.. You can't see it, but you can feel it... First, you try to make a friend with her.. But what is a friend? A friend is two people sharing one soul.... Soon, you'll find that being in love is better than the falling in love. You may realise every passing minute is another minute to change everything around. If your not willing to sound stupid, you're not worthy of falling in love....and trust me the hardest thing is loving someone and having the courage to let them love you back."