Wednesday, April 29, 2009

Dan pemenangnya adalah...

Sebelum itu, aku nak umumkan (walaupun dah lewat) SMI Hidayah JOHAN debat kali ini. Aku sangat setuju sekolah ini menang kerana pasukan ini dinamik (maksudnya pakej lengkap). Pendebat pertamanya pandai bukak kes. Pendebat keduanya (kecik comel macam Fatin Nadia- studio mate aku) pula sangat pandai bercerita dan menjelaskan sesuatu hujah. Dan pendebat ketiganya sangat kelakar. Pandai membidas dengan gaya naif dan muka tak berdosa.

SMI HIDAYAH

Sekolah ini berjaya mengsayurkan MRSM TGB. Berjaya mengenepikan sekolah-sekolah otai seperti MCKK, KISAS, SBPI Gombak, TKC dan STAR. Berjaya menjadi no satu daripada 100 pasukan. Satu kredit untuk mereka.


Debat kali ini juga membuktikan tiada konspirasi dari pihak UIA. Selalunya orang akan cakap UIA sudah tentukan siapa masuk final. Yela, kalau ikut sejarah, MCKK dan SBPI Gombak banyak mendominasi pertandingan. Tapi debat kali ini dua sekolah ini sudah ditendang awal-awal.

Tahniah untuk SMI Hidayah! Untuk laporan ya
ng lebih jelas dan bagus, sila klik SINI (Beza gaya seorang reporter dan blogger) haha

Ps: Ada yang bertanya mengapa MRSM TGB (
Tun Ghaffar Baba) @Jasin begitu gempak tahun ini. Ada orang ajar ke? Aku hanya tersenyum sahaja. Kenapa ye? :)

PENDEBAT TERBAIK KESELURUHAN

MRSM TGB

1 comments:

Bohemian Virtuoso. said...

Selamat siang.
Ya, Uia mmg adil.
Xde ksian kt skolah2 gergasi tu.
Tahniah kt skolah2 kampung, cam skolah aku, Sas Putrajaya & SMI hidayah.
Kte da buktikan, walopun kampung, tp kte ttp mampu utk bsaing. Hehe.
Sas xde dlm list, so aku anggap skolah kampung gak la. Haha.

Jemput dtg ke blog aku dan dgr lagu2 aku. Tq