Tuesday, October 19, 2010

# 1- Coretan Haji

Isnin- 18hb Oktober 2010

Semalam mak ayah aku pergi menunaikan ibadah haji. Asalnya bertolak pada 1hb November tapi entah macam mana dapat notis last minute beritahu penerbangan ditukar pada 19hb (semalam).

Agak kelam-kabut dibuatnya aku bila dapat tahu parent nak pergi on the day yang aku present final project. Phew~~

Lantak pi lah kan projek tu. Aku tinggal terus. Nak menghadap projek ni sampai hari submission pun tak habis.

Di rumah semua sedara mara, adik beradik ibu ayah dah berkumpul. Seryes ramai gila. Ada kenduri doa selamat sikit malam tu.

Di bilik- ibu dan ayah tengah dok busy packing barang. Adik-adik yang lain tolong-tolong apa yang patut. Nabila pun dah balik cuti study week dari UiTM.

AMANAT

Petang tu time-time nak masuk maghrib- ibu dan ayah panggil aku. Seperti dijangka ada beberapa 'amanat' dari mereka. Paling utamanya ialah kena jaga adik-adik (make sure diorang pergi sekolah, ajar diorang nak jawab exam, bawak diorang gi jejalan time cuti sekolah nanti, etc,etc).

Ayah pulak suruh masuk opis. Tolong Pak Su handle company. In fact, dia suruh belajar. Bila lagi nak couldn't care less kan. Inilah masanya. huuu

Amanat paling taku tak suka nak dengar ialah amanat yang berbunyi 'kalau-kalau ibu dengan ayah tak ada, kau make sure........' Aish- masa ni dah berkaca dah mata aku. Tapi aku buat-buat cover dengan selesema. -_-

Selesai je amanat...

MALAM

Masa doa selamat time isyak, ayah aku nak sangat Hazim azan dan aku jadi imam. Pastu masa nak keluar rumah pun, Kudin kena azan. Lain macam la nak hantar orang pergi haji ni.

HANTAR IBU AYAH

Kitorang 6 beradik je yang hantar ibu ayah ke Wisma Tabung Haji kat Kelana Jaya. Masa dalam kereta ibu banyak bagi pesanan. 'Suruh belajar pandai-pandai, jangan nakal-nakal, sentiasa doa ibu ayah, etc ,etc'...

Ayah diam je.

WISMA TABUNG HAJI

Sampai 1.30 pagi kitorang tunggu keberangkatan ibu ayah. Ramai betullah manusia. Itupun aku dah pening. Belum lagi kalau kat Padang Arafah.

Adawiyah dah tidur- letih sangat menangis sejak dari rumah tadi. Kudin dengan Hazim macam tak de apa- boleh bantai main kejar-kejar lagi. Syafiqah dengan Nabila sembang-sembang dengan ibu.

BERANGKAT

Kiranya ibu ayah berangkat dalam keadaan adawiyah tengah tidur nyenyak. Bagus jugak- kalau tak entah apalah drama yang bakal menyusul.

Aku sangat 'touching' bila ayah aku serabaikan rambut aku bila salam dengan dia. Just like he did a long time ago.

Ibu- as expected is the only one yang dah banjir. hikhik strangely adik-adik yang lain takde nangis pulak. Even Nabila dan Syafiqah pun batu jugak hati diorang.

RUMAH

Jam 2.30 pagi sampai rumah. Tapi aku terpaksa pulang ke UIA- to be exact gi KAED siapkan project. Damn.

1 comments:

kayna said...

mase mak aku pergi haji dulu, tym tu aku form 1, memang menagis2 kot..esp tym azan tu..memang syahdu giler..
mase dorg balik malaysia pun aku nangis gak..haha..