Setelah satu semester tidak diupdate blog peribadi ini........... macam-macam yang aku nak tulis sebenarnya. Okey one thing at a time. And better I put in on number. Senang dan tak serabut.
1) Semester 2 ni aku telah dilantik menjadi Presiden Kelab Debat Bahasa Melayu (KDBM). Tugas yang mencabar memandangkan kelab is at its lowest- dengan kemarau tak menang kejuaraan MADUM selama 2 tahun, ditambah lagi dengan kemerosotan jumlah ahli dan sesi latihan yang hambar. As far as I remember, this is the first time architecture student has been elected to this post. Honoured and humbled. But it comes with VERY BIG responsibility.
The most memorable event yang berjaya dibuat pada semester lepas ialah Forum Suara Inteligensia. Forum yang pada asalnya nak buat runcit-runcit je turned out to be the biggest forum ever held by KDBM. And even yang buatkan aku impress adalah rata ahli komiti adalah ahli baru iaitu first year student. Dengan kehadiran lebih 500 orang sampai main audi Engine penuh, liputan media dan bajet yang mere rm1000 je, alhamdulillah berjaya juga forum ini dijayakan.

Itu side best la.
Benda tak best of course tentnag sesi latihan KDBM. Sikit beno ahli yang turun. Benda ni sering buat aku pening. Time kat Turkey pun aku tak senang duduk. Aiyyo. Dan sampai ke saat aku tulis blog ni, perkara ini tak dapat disetelkan. Apapun for the next program is Interschool Debating Championship kali ke 10. Nantikan.......
2) Lepas SEM 2. HAHAHAHA
Memang nak eksyen sikit sebab SEM 2 tahun kedua ni adalah semester yang paling azab pernah ditempuhi. Dengan tekanan-tekanan untuk fail subjek studio, at one time aku dah buat plan dah what if kena repeat lagi setahun. Alhamdulillah berjaya lepas- last minute jugak woo nak lepas ni.
Dengan Working Drawing yang berjaya jugak lepas dengan usaha yang sangat minimum- ini dah cukup baik. Subjek BCM 2 yang kena repeat pun berjaya jugaklah akhirnya lepas.haha
Nak buat macam mana, aku punya interest kat architecture ni memang makin hari makin pudar. Dah masuk bab-bab construction dengan nak kena design pelik-pelik buatkan aku makin lost. Memang belajar ni sebab nak dapatkan degree je. Habis je part 1 ni.....haaaa aku dah tau dah apa nak buat.
Okey, sekarang short sem kena perform. Nak dapat 3 balik CGPA.
3. Langkawi oooo Langkawi
Trip yang dirancang selama 8 bulan lamanya. Beli tiket lama dah dari tahun lepas lagi. Ini memang pembelian terhangat aku la. Bayangkan KL-Langkawi Langkawi-Penang Penang-KL hanyalah rm27 sorang ye rakan-rakan. Diulangi- rm27.
Alamak, dah letih la nak taip duduk lama-lama. Dah tua nampaknya..Kita sambung esok la ye... Chow ^^
ps: Gua sekarang tengah baca buku Ceewah Pipiyapong. Mak aih, babreng best betul buku dia. Antara kata-kata yang macam cilakak "Jodoh pertemuan di tanga Facebook?'
0 comments:
Post a Comment